Akhir Debat Integriti : UM bertemu UNITEN

5 Februari 2008 bertempat di Dewan Budaya, Universiti Sains Malaysia (USM) bakal menyaksikan pertemuan antara dua varsiti mempertaruhkan kehebatan merebut kejuaraan Integriti 2008.

Universiti Malaya (hatriks melangkah ke Final Integriti sejak 2006) bakal bertemu UNITEN dengan usul “Tekad 2008:Kita Telah Mencapai Matlamat”.

Semoga UM dapat mempersembahkan YANG TERBAIK !

Doa dari seluruh warga Orator untuk Delegasi Integriti UM.

SELAMAT BERJUANG KONTINJEN INTEGRITI UM 2008 !

Salam.

SELAMAT BERJUANG buat DELEGASI ORATOR UM ke DEBAT INTEGRITI 2008 ! Mulakan latihan intensif (dalam jangka seminggu yang berbaki), jalinan ‘chemistry’ dalam formation team sudah perlu ada & bersungguh-sungguh membawa cabaran UM kali ini ya !

Doa saya sentiasa bersama kalian !

“PASTIKAN PENTAS ITU TETAP MILIK KITA” Amin~

Usul Debat Perdana Integriti 2008 (updated 25/1/08)

Usul Debat Perdana Integriti

  1. Tanggungjawab Sosial Sektor Korporat Nombor 1, Keuntungan Nombor 2
  2. Negara Maju Melahirkan Remaja Lebih Berintegriti
  3. Penyelesaian Masalah Rasuah Terletak Di Tangan Masyarakat
  4. TEKAD 2008 : Kita Telah Mencapai Matlamat
  5. Artis Kita Berintegriti
  6. Sistem Pendidikan Negara Berjaya Menyuburkan Integriti Di Kalangan Pelajar
  7. Kemelut Bola Sepak Malaysia : Krisis Integriti
  8. Selepas 50 Tahun Merdeka : Kita Semakin Berintegriti
  9. Doktrin Pengasingan Kuasa Di Malaysia Berkesan
  10. Sistem Perkhidmatan Awam Di Malaysia Membanggakan
  11. Kebahagiaan Keluarga Menjamin Kemajuan Negara
  12. Kecemerlangan Kualiti Hidup :  Sistem Pendidikan Perlu Dirombak
  13. Peningkatan Ekonomi Berkadar Terus Dengan Integriti
  14. Sistem Pendidikan Berjaya Menyemai Perpaduan Kaum
  15. Pelan Integriti Nasional Menjamin Kemakmuran Negara
  16. Penjawat Awan Sudah Berintegriti
  17. Integriti dan Ketelusan : Malaysia Model Terbaik
  18. Rasuah Di Malaysia : Kita Sudah Berjaya
  19. Penerapan Modal Insan Telah Berjaya
  20. Kemerosotan Disiplin Pelajar Tanggungjawab Guru
  21. Mahasiswa Kita Sudah Berintegriti
  22. Pematuhan Etika Perniagaan Akan Lebih Menguntungkan Syarikat
  23. Etika Perniagaan Harus Selari Dengan Kehendak Globalisasi
  24. Amalan Tadbir Urus Korporat Mampu Menarik Pelabur Asing Ke Malaysia
  25. Perkhidmatan Awam Malaysia Setanding Dengan Perkhidmatan Awam Di Negara Maju
  26. Jenayah Culik Kanak-kanak : Bukan Salah Ibu Bapa
  27. Integriti Sesebuah Negara Bergantung Kepada Kestabilan Politiknya
  28. Isu Politik : Media Berintegriti
  29. Media Massa Mendorong Ahli Politik Lebih Berintegriti
  30. Kita Sepakat Menangani Isu Integriti

Sama-sama kita doakan

Kehilangan Sharlinie menggemparkan seluruh Malaysia. Kami dari pihak Orator UM mendoakan kesejahteraan Sharlinie dan keluarganya.

Sharlinie

Debat Terbuka ASTAR 2008 & Debat Perdana Integriti 2008

Sebagaimana tahun 2007, tahun 2008 akan dibuka dengan dua pertandingan debat intervarsiti yang dinanti-nantikan semua iaitu Debat Terbuka ASTAR 2008 dan Debat Perdana Integriti 2008 yang akan dianjurkan bertempat di Universiti Malaya (Debat Terbuka ASTAR) dan Universiti Sains Malaysia (Debat Perdana Integriti).

Namun begitu, isu yang timbul ialah berkenaan pertindihan tarikh penganjuran kedua-dua pertandingan ini. Debat Terbuka ASTAR 2008 akan dianjurkan pada 2-5 Februari manakala Debat Perdana Integriti 2008 akan dianjurkan pada 1-5 Februari 2008.

Untuk makluman semua, pihak Kelab Orator Universiti Malaya bukanlah penganjur kepada pertandingan Debat Terbuka ASTAR. Namun begitu, pihak kami telah meminta penjelasan daripada penganjur sebenar kejohanan debat tersebut iaitu Kolej Kediaman Pertama Universiti Malaya. Atas beberapa alasan dan faktor, pertandingan ini terpaksa diadakan pada tarikh berkenaan untuk memastikan penginapan mencukupi dan mencegah masalah-masalah lain daripada berlaku.

Moga isu pertindihan tarikh ini tidak memberikan kesulitan besar dan tidak melemahkan semangat juang pendebat IPT seluruh Malaysia. Pihak Kelab Orator Universiti Malaysa mengucapakan semoga berjaya kepada semua.

UM Johan Debat Kefahaman Islam 2007

Johan IKIM 07

Pada 8 Jan 2008, pusingan akhir Debat Kefahaman Islam antara Institut Pengajian Tinggi 2007 (Debat IKIM) telah diadakan bertempat di Dewan Besar Institut Kefahaman Islam Malaysia, Jalan Duta, Kuala Lumpur.

Perlawanan akhir menyaksikan pasukan Universiti Malaya bertemu dengan pasukan Universiti Sains Islam Malaysia, membincangkan tajuk Malaysia Memerlukan Mufti Negara. Berkat usaha dan doa daripada semua pihak, pasukan UM telah muncul Johan Debat Kefahaman Islam antara Institut Pengajian Tinggi 2007. Lebih manis lagi, gelaran pendebat terbaik disandang oleh pendebat ketiga Universiti Malaya, sdr Azri Zahier Azri. Untuk rekod, pasukan UM merupakan satu-satunya universiti yang telah mengungguli gelaran Johan Debat Kefahaman Islam antara Institut Pengajian Tinggi sebanyak dua kali.

Selain UM, pasukan lain yang memperoleh tempat ialah pasukan USIM yang memperoleh tempat kedua, Universiti Teknologi Malaysia (UTM) di tempat ketiga dan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) di tempat keempat.

Debat Kefahaman Islam 2007

Pasukan Debat IKIM

Kalendar debat intervarsiti bagi tahun 2007 ditutup dengan penganjuran Debat Kefahaman Islam antara Institut Pengajian Tinggi 2007 (atau lebih dikenali sebagai Debat IKIM). Untuk edisi kali ini, pasukan Universiti Malaya diwakili oleh Muhammad Zul Fadhli Khairuddin, Wan Nor Izzati Wan Hanapi, Azri Zahier Azmi dan Khairul Asyraf Ahmad selaku simpanan. Pasukan ini juga turut diiringi seorang pembantu iaitu Wan Nor Zahidah.

Pertandingan peringkat kumpulan menyaksikan pasukan UM diletakkan bersama-sama Universiti Malaysia Sabah (UMS), Universiti Teknologi MARA Malaysia (UiTM) dan Universiti Utara Malaysia(UUM) dalam kumpulan A. Pasukan UM telah berjaya layak ke pusingan suku akhir apabila berjaya mencatatkan keputusan memberansangkan dalam peringkat kumpulan.

Di pusingan suku akhir, pasukan UM telah bertemu dengan pasukan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dengan memperdebatkantajuk Semakin Canggih Teknologi Semakin Manusia Tidak Sihat. Bertindak selaku pencadang, UM telah berjaya memperoleh kemenangan dan mara ke peringkat seterusnya.

Pusingan separuh akhir menyaksikan pasukan UM bertemu dengan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM). Dengan tajuk ICT Melahirkan Masyarakat Yang Kurang Berfikir, UM telah mengungguli pusingn tersebut dan layak ke pusingan akhir yang akan diadakan pada 8 Januari 2008.

Moga pasukan debat UM memperoleh kejayaan, InsyaAllah…

Debat Perpaduan dan Integrasi Nasional 2007

Perpaduan 07

Pada edisi Pertandingan Debat Perpaduan dan Integrasi Nasional 2007 yang telah diadakan pada 7-11 Disember 2007 yang lepas, pasukan Universiti Malaya membariskan gandingan baru; Ali Asyraf Mohamed, Muhammad Shahid Ahmad Nizar, Shen Yee Aun dan Luqman Hakim Roslan (simpanan). Pasukan ini juga turut diiringi seorang pembantu iaitu Maisarah Razali. Untuk penganjuran kali ini, Jab. Perpaduan dan Integrasi Nasional telah memilih Universiti Malaysia Pahang, Kuantan sebagai tuan rumah pertandingan ini.

Setelah melalui enam pusingan awal, pasukan debat UM telah berjaya memperoleh kedudukan teratas liga dengan Ali Asyraf menduduki tempat ke-3 ranking keseluruhan pendebat, Shen Yee Aun (ke-25) dan Muhammad Shahid (ke-34). Perjuangan pasukan ini diteruskan di peringkat suku akhir dan menewaskan pasukan dari Universiti Putra Malaysia (UPM) dengan juri 3-2.

Pada pusingan separuh akhir, pasukan UM terpaksa akur dengan keputusan juri yang memberikan kemenangan 3-2 kepada pasukan Universiti Kebangsaan Malaysia(UKM). Untuk rekod, pasukan Universiti Teknologi MARA Malaysia telah mengalahkan pasukan UKM pada pusingan akhir yang turut menyaksikan saudara Khairul Nizam Bakeri dinobatkan sebagai pendebat terbaik.

Secara keseluruhannya, kontinjen UM pada edisi Debat Perpaduan kali ini menunjukkan prestasi yang membanggakan dan diharap dapat memperoleh beberapa kejayaan dalam edisi akan datang.

Selangkah ke hadapan

Alhamdulillah, sebagai permulaan, akhirnya saya berjaya membina satu blog khas untuk Kelab Orator Universiti Malaya.

Moga blog ini akan berkembang sebaris dengan yang lain…