TERUS MARA ORATORIANS !!!

Salam.

AGM Orator telah dilangsungkan malam tadi sesudah solat sunat tarawikh.

Kepimpinan terdahulu sudah melepaskan amanah dan tanggungjawab.

Dengan sukacitanya, diisytiharkan KEPIMPINAN ORATOR 2009/2010:

PRESIDEN : Ahmad Firdaus Ahmad

TIMBALAN PRESIDEN : Shafiq

SETIAUSAHA : Sara

BENDAHARI : Azzairie

Selamat menjalankan amanah ini.

Insyallah, berkat ramadhan pemilihan dijalankan, pengurusan dan pencapaian terus dilakarkan.

Advertisements

Kepimpinan Orator 2008/2009

Mesyuarat Agung Tahunan dan Pemilihannya telah selamat dilangsungkan pada kira-kira jam 9 malam bertarikh 11 Ogos 2008.

Berikut adalah organisasi kepimpinan baru bagi sesi 2008/2009 :

PRESIDEN : AZRI ZAHIER HJ AZMI

TIMBALAN PRESIDEN : WAN NUR IZZATI WAN HANAPI

SETIAUSAHA : AKMAL SYAHIRAH

BENDAHARI : MOHD HIDAYAT HAMBALI

SELAMAT MENJALANKAN TUGAS DENGAN PENUH MAJU JAYA ~

Debat Alam Sekitar 2008

Pertandingan Debat Alam Sekitar Antara IPT 2008.

Tarikh : 26 Julai – 29 Julai 2008

Tempat : Universiti Malaysia Sabah ( UMS )

Anjuran : MADUM & JAS

Usul :

Pusingan Pertama : Pembangunan Mapan Mampu Menjana Keseimbangan Alam Sekitar

Pusingan Kedua : Pencemaran Sungai di Malaysia, Sudah Tiada Harapan

Pusingan Ketiga : Demi Alam, Konsep Pencemar Bayar Perlu dikuatkuasakan

Pusingan Empat : Undang – undang Jawapan terbaik kepada Permasalahan Alam Sekitar

Pusingan Lima : Kitar Semula : Hangat – hangat Tahi Ayam

Pusingan Enam : Pendidikan Alam Sekitar di Malaysia Tidak Tentu Arah

Suku Akhir : Kita Sepakat Menangani Masalah Perubahan Iklim Dunia

Separuh Akhir : Penggunaan Lestari Sumber Asli Menjamin Pemuliharaan Alam Sekitar

Akhir : Kita Cukup Serius Menangani isu Alam Sekitar

Debat Haluansiswa 2008

Minggu Haluansiswa UM sesi kemasukan 2008/2009 akan bermula 29 Jun 2008 ini.

Sekali lagi, Kelab Orator dan Puisi UM akan terlibat dalam memberikan kerjasama untuk menjayakan ‘Pertandingan Debat Haluansiswa Antara Kolej Kediaman 2008’.

Debat Haluansiswa ini adalah program wajib dalam Minggu Haluansiswa bertujuan untuk mencungkil bakat dan pelapis pendebat UM melalui penyertaan dari para mahasiswa yang baru mendaftar. Ini merupakan salah satu mekanisma yang dilaksanakan oleh pihak UM dan Kelab Orator untuk mengenalpasti bakat-bakat yang berpotensi besar untuk digilap ke Pasukan Bahas UM kelak.

Tahun ini, Debat Haluansiswa 2008 akan bermula 30 Jun 2008 dan diramalkan berakhir 4 Julai 2008.

Diucapkan agar semua warga kerja Orator untuk debat ini dapat menjalankan tugas dengan jayanya !

Tahniah Haris!

 

Haris

Setelah menjalani persediaan selama dua di Ambang Asuhan Jepun, sdr. Haris Mohd Ghazali akhirnya berjaya melayakkan diri untuk melanjutkan pelajarannya ke Jepun, sekaligus membuktikan bahawa penglibatan dalam arena perdebatan intervarsiti bukanlah penghalang untuk memperoleh kejayaan. Beliau akan melanjutkan pelajaran selama 4 tahun dalam kursus Mechanical System Engineering di Yamanashi University.

Sdr. Haris Mohd  Ghazali telah menyertai Pertandingan Debat Diraja Antara Universiti Awam Malaysia 2007 (Kategori Utama) yang telah menyaksikan beliau layak ke pusingan akhir dan menggondol gelaran naib johan. Beliau juga pernah menjuarai Pertandingan Debat Piala Jemputan UIAM semasa bergelar pelajar Sek Alam Shah Putrajaya.

Tahniah Haris! Seluruh ahli keluarga Orator UM mendoakan kejayaan anda di perantauan.

Pihak Orator UM juga ingin mengucapkan tahniah dan selamat kepada Sdr. Hasril yang juga akan ke luar negara (Korea) pada penghujung bulan ini.

UM Johan Debat Perdana Integriti 2008

UM @ Integriti

Debat Perdana Integriti 2008 yang telah berlangsung di Universiti Sains Malaysia pada 1-5 Februari 2008 menyaksikan kecemerlangan kontinjen Universiti Malaya. Pasukan UM dibarisi oleh Azri Zahier Azmi, Ali Asyraf Mohamed dan Shen Yee Aun untuk team UM1 manakala UM2 diwakili oleh Mohd Shahir Ahmad Nizar, Luqman Hakim Roslam dan Mohd Hidayat Hambali.

Pasukan UM2 yang merupakan pasukan junior Universiti Malaya mencatatkan keputusan memberansangkan. Dengan Shahid menduduki ranking pendebat ke-58, Luqman (ke-67) dan Hidayat (ke-61), pasukan UM2 menamatkan pusingan liga dengan menduduki ranking ke-20.

Berbeza pula dengan pencapaian pasukan UM1. Dibarisi oleh Azri dengan ranking ke-21, Ali Asyraf (ranking no 1)  dan Shen (ke-28), pasukan ini berjaya mengungguli kedudukan liga dengan mencatatkan lima kali kemenangan.

Pusingan suku akhir menyaksikan pertemuan dengan pasukan handalan, UiTM1 yang dibarisi Nizamudin, Nur Farhana dan Khairul Nizam. Untuk rekod, empat daripada enam  pendebat yang bertanding pada perlawanan suku akhir ini merupakan finalis Debat Perdana Integriti 2007. Perlawanan tersebut telah dimenangi oleh UM1 dengan kiraan juri 3-2.

Melangkah ke separuh akhir, menyaksikan UM1 akan bertemu dengan tuan rumah, pasukan USM1 yang telah menewaskan UPM2 di pusingan suku akhir. Dengan juri 5-0, UM1 berjaya menewaskan USM1 yang dibarisi Azmil Sharifuddin, Ahmad Safiudin dan Ismail Hakimi.

Perlawanan pusingan akhir berlangsung di Dewan Budaya USM pada 5 Februari 2008 menentang pasukan Universiti Tenaga Nasional (UNITEN). UNITEN yang dibarisi Salina Yusuff, Khaidzir Farhan dan Muhammad Nazmie memberikan saingan sengit pada perlawanan akhir tersebut yang akhirnya menyaksikan pasukan UM1 muncul Johan Debat Perdana Integriti 2008. Untuk rekod, UM telah melakar hatrik layak ke pusingan akhir Debat Perdana Integriti sejak 2006.

Sekalung penghargaan khusus untuk En Azizul Hakim Abd Aziz dan sd. Mohamed Zul Fadhli Khairuddin atas sokongan moral dan tenaga. Juga kepada pihak yang terlibat baik secara langsung mahupun tidak langsung.

Usul Debat Perdana Integriti 2008 (updated 25/1/08)

Usul Debat Perdana Integriti

  1. Tanggungjawab Sosial Sektor Korporat Nombor 1, Keuntungan Nombor 2
  2. Negara Maju Melahirkan Remaja Lebih Berintegriti
  3. Penyelesaian Masalah Rasuah Terletak Di Tangan Masyarakat
  4. TEKAD 2008 : Kita Telah Mencapai Matlamat
  5. Artis Kita Berintegriti
  6. Sistem Pendidikan Negara Berjaya Menyuburkan Integriti Di Kalangan Pelajar
  7. Kemelut Bola Sepak Malaysia : Krisis Integriti
  8. Selepas 50 Tahun Merdeka : Kita Semakin Berintegriti
  9. Doktrin Pengasingan Kuasa Di Malaysia Berkesan
  10. Sistem Perkhidmatan Awam Di Malaysia Membanggakan
  11. Kebahagiaan Keluarga Menjamin Kemajuan Negara
  12. Kecemerlangan Kualiti Hidup :  Sistem Pendidikan Perlu Dirombak
  13. Peningkatan Ekonomi Berkadar Terus Dengan Integriti
  14. Sistem Pendidikan Berjaya Menyemai Perpaduan Kaum
  15. Pelan Integriti Nasional Menjamin Kemakmuran Negara
  16. Penjawat Awan Sudah Berintegriti
  17. Integriti dan Ketelusan : Malaysia Model Terbaik
  18. Rasuah Di Malaysia : Kita Sudah Berjaya
  19. Penerapan Modal Insan Telah Berjaya
  20. Kemerosotan Disiplin Pelajar Tanggungjawab Guru
  21. Mahasiswa Kita Sudah Berintegriti
  22. Pematuhan Etika Perniagaan Akan Lebih Menguntungkan Syarikat
  23. Etika Perniagaan Harus Selari Dengan Kehendak Globalisasi
  24. Amalan Tadbir Urus Korporat Mampu Menarik Pelabur Asing Ke Malaysia
  25. Perkhidmatan Awam Malaysia Setanding Dengan Perkhidmatan Awam Di Negara Maju
  26. Jenayah Culik Kanak-kanak : Bukan Salah Ibu Bapa
  27. Integriti Sesebuah Negara Bergantung Kepada Kestabilan Politiknya
  28. Isu Politik : Media Berintegriti
  29. Media Massa Mendorong Ahli Politik Lebih Berintegriti
  30. Kita Sepakat Menangani Isu Integriti