17 Februari 2008, tarikh bersejarah yang akan menjadi ingatan baik warga Orator UM mahupun keluarga debat UNITEN kerana pada tarikh inilah sebuah jamuan kesyukuran dan keraian dibuat di restoran Yankies Hut, Sg Ramal Dalam.
Walaupun jamuan dibuat dalam keadaan ringkas, namun ia tetap bermakna bagi semua. Antara senior yang hadir termasuklah Hasril, Azizul, Salehudin, Said, dan Azerai Azmi. Majlis ini juga turut dihadiri delegasi dari UM iaitu Ali, Otel, Azri, Zati, Nizam, Haris, Hidayat, Shahid, Shen, Sarah, Diana, Daus dan Zami. Farhan dan Surizal juga turut hadir mewakili UNITEN.
Tujuan majlis diadakan adalah untuk melahirkan rasa syukur atas kejayaan serta meraikan keberangkatan sdr Hasril ke Korea dan sdr Haris ke Jepun. Jamuan serba sederhana ini memberikan seribu satu kenangan manis khsusnya buat yang diraikan. Jangan lupa kami apabila di perantauan ya!
Memetik kata sdr Hasril dalam ucapan ringkasnya, “… jamuan ini bukannya untuk meraikan pemergian saya atau Haris, mahupun kemenangan kalian, tetapi ia adalah untuk meraikan keakraban…”
Filed under: Debat |
kenangan yang cukup bermakna bile diberi peluang untuk bersama “keluarga orator” ini di penghujung usia berada di universiti malaya…terima kasih kerana menganggap diri ini sebahagian dari family ….terima kasih…
thanx untuk semua yang terlibat dalam menjayakan jamuan ini ! Kerja kuat n niat terus jujur ikhlas, insyallah pas ni jamuan lebih besar ! hehe.
sumpah aku sedih malam tu..
tak tau naper..
tapi inilah magisnye family orator nih..
haris tu, aku baru jer kenal die..tp bila die nak pegi jepun tue, aku yg emo lak..mcm ader tempat yg jadi kosong dlm kelab yang jarang2 dikunjungi haris..
abg hasril? memang membuahkan hasil!
Ali : John sedih? Jgn nangis ye John… nanti kita pergi KLIA sama-sama yek…
john tetap ‘air mata’. tp serius mmg sedih la !
waaaa ;(
Ali : ????