Ditubuhkan secara rasmi pada Ogos 2002. Sebelum kelab ini ditubuhkan pendebat-pendebat hanya bergerak sebagai sebuah pasukan kecil yang menumpang berlatih di bilik-bilik kecil kolej, gazebo, serta mana-mana tempat lapang yang sesuai. Di peringkat awal, kelab ini hanya diberi sebahagian daripada Bilik Mesyuarat Perdana 6 sebagai pusat operasi. Kemudiannya kelab ini telah diberikan bilik yang lebih besar untuk menampung jumlah ahli yang semakin ramai dan peserta pertandingan yang semakinj bertambah, terletak di tingkat 3, Blok G, Kompleks Perdanasiswa. Kelab Orator dan Puisi berharap agar aktiviti sebegini dapat mencungkil bakat mahasiswa/i dalam aspek pengucapan umum dan kebolehan bercakap secara spontan dan kritis.

azri, maafkan aku.
cane ek nk jOin kelab ney.
ni ali yg wat blog ni ke?
ali…
letak la jugak gmbr2 yg aku ade,..
hihi…
wei…
aku pun dah ade blog…baru mencube2…
istajib.blogspot.com
Salam… Sekalung penghargaan daripada pasukan debat UTeM atas layanan baik dan komitmen yang diberikan oleh Orator UM sepanjang perlawanan persahabatan 5 Jun 2009 lalu. Segala jasa baik, pengalaman dan tunjuk ajar anda amat kami hargai.
*Seronok juga perlawanan semalam. Harap boleh buat lagi.