Sebagaimana tahun 2007, tahun 2008 akan dibuka dengan dua pertandingan debat intervarsiti yang dinanti-nantikan semua iaitu Debat Terbuka ASTAR 2008 dan Debat Perdana Integriti 2008 yang akan dianjurkan bertempat di Universiti Malaya (Debat Terbuka ASTAR) dan Universiti Sains Malaysia (Debat Perdana Integriti).
Namun begitu, isu yang timbul ialah berkenaan pertindihan tarikh penganjuran kedua-dua pertandingan ini. Debat Terbuka ASTAR 2008 akan dianjurkan pada 2-5 Februari manakala Debat Perdana Integriti 2008 akan dianjurkan pada 1-5 Februari 2008.
Untuk makluman semua, pihak Kelab Orator Universiti Malaya bukanlah penganjur kepada pertandingan Debat Terbuka ASTAR. Namun begitu, pihak kami telah meminta penjelasan daripada penganjur sebenar kejohanan debat tersebut iaitu Kolej Kediaman Pertama Universiti Malaya. Atas beberapa alasan dan faktor, pertandingan ini terpaksa diadakan pada tarikh berkenaan untuk memastikan penginapan mencukupi dan mencegah masalah-masalah lain daripada berlaku.
Moga isu pertindihan tarikh ini tidak memberikan kesulitan besar dan tidak melemahkan semangat juang pendebat IPT seluruh Malaysia. Pihak Kelab Orator Universiti Malaysa mengucapakan semoga berjaya kepada semua.