UM Johan Debat Kefahaman Islam 2007

Johan IKIM 07

Pada 8 Jan 2008, pusingan akhir Debat Kefahaman Islam antara Institut Pengajian Tinggi 2007 (Debat IKIM) telah diadakan bertempat di Dewan Besar Institut Kefahaman Islam Malaysia, Jalan Duta, Kuala Lumpur.

Perlawanan akhir menyaksikan pasukan Universiti Malaya bertemu dengan pasukan Universiti Sains Islam Malaysia, membincangkan tajuk Malaysia Memerlukan Mufti Negara. Berkat usaha dan doa daripada semua pihak, pasukan UM telah muncul Johan Debat Kefahaman Islam antara Institut Pengajian Tinggi 2007. Lebih manis lagi, gelaran pendebat terbaik disandang oleh pendebat ketiga Universiti Malaya, sdr Azri Zahier Azri. Untuk rekod, pasukan UM merupakan satu-satunya universiti yang telah mengungguli gelaran Johan Debat Kefahaman Islam antara Institut Pengajian Tinggi sebanyak dua kali.

Selain UM, pasukan lain yang memperoleh tempat ialah pasukan USIM yang memperoleh tempat kedua, Universiti Teknologi Malaysia (UTM) di tempat ketiga dan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) di tempat keempat.

15 Respons

  1. TAHNIAH !!!

    UM memang unggul dalam arena perdebatan kala ini. Kalungan tahniah untuk seluruh warga orator uni malaya atas kejayaan ni dan kegemilangan sebelum ini

    Tahniah juga buat tulang belakangnya para sifu UM…

    TAHNIAH

    Ali : Bagi pihak UM, terima kasih.

  2. bila akan ke udara di ikim? ada info?

    Ali : Saya tidak berapa pasti. Pada awalnya, kami dimaklumkan ia akan dibuat secara langsung.

  3. tahniah atas kemenangan pasukan UM!
    semoga terus mengejar kemenangan..

  4. tahniah!

  5. tahniah UM .. semmangnya hebat …

  6. Tahniah UM..Semoga 2008 tahun anda sekali lagi.

  7. tahniah adik2 ewrk..sori tak dapat sokong korang

  8. tahniah ya !

  9. tahniah

  10. Tahniah buat UM..! Tahniah kepada Azri.

  11. TAHNIAH kat korang.Sori labat wish!hehehehehe

  12. Tahniah pendebat UM!!

Tinggalkan jawapan