SELAMAT BERJUANG KONTINJEN INTEGRITI UM 2008 !

Salam.
SELAMAT BERJUANG buat DELEGASI ORATOR UM ke DEBAT INTEGRITI 2008 ! Mulakan latihan intensif (dalam jangka seminggu yang berbaki), jalinan ‘chemistry’ dalam formation team sudah perlu ada & bersungguh-sungguh membawa cabaran UM kali ini ya !
Doa saya sentiasa bersama kalian !
“PASTIKAN PENTAS ITU TETAP MILIK KITA” Amin~

Usul Debat Perdana Integriti 2008 (updated 25/1/08)

Usul Debat Perdana Integriti

Tanggungjawab Sosial Sektor Korporat Nombor 1, Keuntungan Nombor 2
Negara Maju Melahirkan Remaja Lebih Berintegriti
Penyelesaian Masalah Rasuah Terletak Di Tangan Masyarakat
TEKAD 2008 : Kita Telah Mencapai Matlamat
Artis Kita Berintegriti
Sistem Pendidikan Negara Berjaya Menyuburkan Integriti Di Kalangan Pelajar
Kemelut Bola Sepak Malaysia : Krisis Integriti
Selepas 50 Tahun Merdeka : Kita Semakin Berintegriti
Doktrin Pengasingan Kuasa Di [...]

Sama-sama kita doakan

Kehilangan Sharlinie menggemparkan seluruh Malaysia. Kami dari pihak Orator UM mendoakan kesejahteraan Sharlinie dan keluarganya.

Debat Terbuka ASTAR 2008 & Debat Perdana Integriti 2008

Sebagaimana tahun 2007, tahun 2008 akan dibuka dengan dua pertandingan debat intervarsiti yang dinanti-nantikan semua iaitu Debat Terbuka ASTAR 2008 dan Debat Perdana Integriti 2008 yang akan dianjurkan bertempat di Universiti Malaya (Debat Terbuka ASTAR) dan Universiti Sains Malaysia (Debat Perdana Integriti).
Namun begitu, isu yang timbul ialah berkenaan pertindihan tarikh penganjuran kedua-dua pertandingan ini. Debat [...]

UM Johan Debat Kefahaman Islam 2007

Pada 8 Jan 2008, pusingan akhir Debat Kefahaman Islam antara Institut Pengajian Tinggi 2007 (Debat IKIM) telah diadakan bertempat di Dewan Besar Institut Kefahaman Islam Malaysia, Jalan Duta, Kuala Lumpur.
Perlawanan akhir menyaksikan pasukan Universiti Malaya bertemu dengan pasukan Universiti Sains Islam Malaysia, membincangkan tajuk Malaysia Memerlukan Mufti Negara. Berkat usaha dan doa daripada semua [...]

Debat Kefahaman Islam 2007

Kalendar debat intervarsiti bagi tahun 2007 ditutup dengan penganjuran Debat Kefahaman Islam antara Institut Pengajian Tinggi 2007 (atau lebih dikenali sebagai Debat IKIM). Untuk edisi kali ini, pasukan Universiti Malaya diwakili oleh Muhammad Zul Fadhli Khairuddin, Wan Nor Izzati Wan Hanapi, Azri Zahier Azmi dan Khairul Asyraf Ahmad selaku simpanan. Pasukan ini juga turut diiringi [...]