Debat Perpaduan dan Integrasi Nasional 2007

PerpaduanĀ 07

Pada edisi Pertandingan Debat Perpaduan dan Integrasi Nasional 2007 yang telah diadakan pada 7-11 Disember 2007 yang lepas, pasukan Universiti Malaya membariskan gandingan baru; Ali Asyraf Mohamed, Muhammad Shahid Ahmad Nizar, Shen Yee Aun dan Luqman Hakim Roslan (simpanan). Pasukan ini juga turut diiringi seorang pembantu iaitu Maisarah Razali. Untuk penganjuran kali ini, Jab. Perpaduan dan Integrasi Nasional telah memilih Universiti Malaysia Pahang, Kuantan sebagai tuan rumah pertandingan ini.

Setelah melalui enam pusingan awal, pasukan debat UM telah berjaya memperoleh kedudukan teratas liga dengan Ali Asyraf menduduki tempat ke-3 ranking keseluruhan pendebat, Shen Yee Aun (ke-25) dan Muhammad Shahid (ke-34). Perjuangan pasukan ini diteruskan di peringkat suku akhir dan menewaskan pasukan dari Universiti Putra Malaysia (UPM) dengan juri 3-2.

Pada pusingan separuh akhir, pasukan UM terpaksa akur dengan keputusan juri yang memberikan kemenangan 3-2 kepada pasukan Universiti Kebangsaan Malaysia(UKM). Untuk rekod, pasukan Universiti Teknologi MARA Malaysia telah mengalahkan pasukan UKM pada pusingan akhir yang turut menyaksikan saudara Khairul Nizam Bakeri dinobatkan sebagai pendebat terbaik.

Secara keseluruhannya, kontinjen UM pada edisi Debat Perpaduan kali ini menunjukkan prestasi yang membanggakan dan diharap dapat memperoleh beberapa kejayaan dalam edisi akan datang.

Tinggalkan jawapan