Posted on Ogos 12, 2008 by penamaya
Mesyuarat Agung Tahunan dan Pemilihannya telah selamat dilangsungkan pada kira-kira jam 9 malam bertarikh 11 Ogos 2008.
Berikut adalah organisasi kepimpinan baru bagi sesi 2008/2009 :
PRESIDEN : AZRI ZAHIER HJ AZMI
TIMBALAN PRESIDEN : WAN NUR IZZATI WAN HANAPI
SETIAUSAHA : AKMAL SYAHIRAH
BENDAHARI : MOHD HIDAYAT HAMBALI
SELAMAT MENJALANKAN TUGAS DENGAN PENUH MAJU JAYA ~
Difailkan dalam: Debat, Makluman | 3 Komen »
Posted on Ogos 1, 2008 by penamaya
Kontinjen Debat UM ke Debat Alam Sekitar 2008 masih lagi gagal untuk membawa pulang kejuaraan berprestij setelah kali terakhir melakukannya adalah pada edisi tahun 2004 di UPSI.
Tahun ini, UM dikecewakan oleh UiTM di Peringkat Separuh Akhir apabila pertembungan sengit itu menyaksikan majoriti tipis juri ( 3-2 ) untuk membawa UiTM ke Pentas Akhir.
Seperti rekod tahun lepas, UM sekadar berpuas hati menduduki 4 Pasukan Teratas dalam Kejohanan kali ini. UM pulang dengan wang kemenangan RM 1000.
Mohamed Zul Fadhli Khairuddin mempertahankan gelaran Pendebat Terbaik Liga (Keseluruhan) untuk tahun kedua berturut-turut. Beliau membawa pulang Piala iringan dan RM 300.
Ali Asyraf Mohamed menduduki Kedudukan Ke – 3 sementara Azri Zahier Azmi di kedudukan ke – 8.
Tahniah diucapkan buat Pasukan UITM atas kejuaraan kali ini !
Difailkan dalam: Uncategorized | Leave a Comment »
Posted on Julai 16, 2008 by penamaya
Pertandingan Debat Alam Sekitar Antara IPT 2008.
Tarikh : 26 Julai – 29 Julai 2008
Tempat : Universiti Malaysia Sabah ( UMS )
Anjuran : MADUM & JAS
Usul :
Pusingan Pertama : Pembangunan Mapan Mampu Menjana Keseimbangan Alam Sekitar
Pusingan Kedua : Pencemaran Sungai di Malaysia, Sudah Tiada Harapan
Pusingan Ketiga : Demi Alam, Konsep Pencemar Bayar Perlu dikuatkuasakan
Pusingan Empat : Undang – undang Jawapan terbaik kepada Permasalahan Alam Sekitar
Pusingan Lima : Kitar Semula : Hangat – hangat Tahi Ayam
Pusingan Enam : Pendidikan Alam Sekitar di Malaysia Tidak Tentu Arah
Suku Akhir : Kita Sepakat Menangani Masalah Perubahan Iklim Dunia
Separuh Akhir : Penggunaan Lestari Sumber Asli Menjamin Pemuliharaan Alam Sekitar
Akhir : Kita Cukup Serius Menangani isu Alam Sekitar
Difailkan dalam: Debat, Makluman | 1 Komen »
Posted on Jun 23, 2008 by penamaya
Minggu Haluansiswa UM sesi kemasukan 2008/2009 akan bermula 29 Jun 2008 ini.
Sekali lagi, Kelab Orator dan Puisi UM akan terlibat dalam memberikan kerjasama untuk menjayakan ‘Pertandingan Debat Haluansiswa Antara Kolej Kediaman 2008′.
Debat Haluansiswa ini adalah program wajib dalam Minggu Haluansiswa bertujuan untuk mencungkil bakat dan pelapis pendebat UM melalui penyertaan dari para mahasiswa yang baru mendaftar. Ini merupakan salah satu mekanisma yang dilaksanakan oleh pihak UM dan Kelab Orator untuk mengenalpasti bakat-bakat yang berpotensi besar untuk digilap ke Pasukan Bahas UM kelak.
Tahun ini, Debat Haluansiswa 2008 akan bermula 30 Jun 2008 dan diramalkan berakhir 4 Julai 2008.
Diucapkan agar semua warga kerja Orator untuk debat ini dapat menjalankan tugas dengan jayanya !
Difailkan dalam: Debat, Makluman | 1 Komen »
Posted on April 10, 2008 by penamaya
Adalah dengan ini diumumkan MESYUARAT AGUNG ORATOR 2008/2009 akan diadakan. Berikut adalah maklumat berkaitan MATORI 2008/2009 ini :
TARIKH : 17 April 2008
HARI : Khamis
MASA : 8.00 malam
TEMPAT : Kompleks Perdana Siswa, UM.
AGENDA : Pembubaran Organisasi Orator Terdahulu.
Pemilihan dan Perlantikan Rasmi Organisasi 2008/2009.
DIJEMPUT BAGI SEMUA AHLI ORATOR UNTUK MENGHADIRKAN DIRI PADA MATORI INI.
TERIMA KASIH.
Difailkan dalam: Uncategorized | Leave a Comment »
Posted on Mac 20, 2008 by Ali Asyraf
Pada 19 Mac 2008, delegasi pasukan debat UM telah berkunjung ke Sekolah Menengah Agama Persekutuan Kajang (SMAPK) atas jemputan pihak sekolah mengadakan perlawanan persahabatan Debat BM sebagai persediaan SMAPK untuk ke Pertandingan Debat antara Sekolah-sekolah Malaysia anjuran Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM).
Dari kiri :Hisyamudin, Mustaqim, Lan, Afiq, Cik Dahlia, En Azizul, Ali, Zul Fadhli, Azri
Pasukan SMAPK dibarisi Mustaqim, Afiq dan Hisyamuddin manakala UM diwakili Ali Asyraf, Zul Fadhli dan Azri Zahier. Perlawanan sengit ini membincang suatu topik hangat yang terkini iaitu DEB : Satu Tamparan Politik Untuk Semua.
Pelawanan ini turut disaksikan oleh guru SMAPK, Cik Dahlia dan konsultan Kelab Orator UM, En Azizul Hakim.
Diharap kerjasama ini akan terus berpanjangan dan membuahkan hasil yang memberansangkan. Pihak Orator UM mengucapkan terima kasih kepada warga SMAPK khususnya kepada pengetua dan guru pembimbing, Cik Dahlia atas penghargaan dan jemputan ini.
Difailkan dalam: Debat | 1 Komen »
Posted on Februari 18, 2008 by Ali Asyraf
17 Februari 2008, tarikh bersejarah yang akan menjadi ingatan baik warga Orator UM mahupun keluarga debat UNITEN kerana pada tarikh inilah sebuah jamuan kesyukuran dan keraian dibuat di restoran Yankies Hut, Sg Ramal Dalam.
Walaupun jamuan dibuat dalam keadaan ringkas, namun ia tetap bermakna bagi semua. Antara senior yang hadir termasuklah Hasril, Azizul, Salehudin, Said, dan Azerai Azmi. Majlis ini juga turut dihadiri delegasi dari UM iaitu Ali, Otel, Azri, Zati, Nizam, Haris, Hidayat, Shahid, Shen, Sarah, Diana, Daus dan Zami. Farhan dan Surizal juga turut hadir mewakili UNITEN.
Tujuan majlis diadakan adalah untuk melahirkan rasa syukur atas kejayaan serta meraikan keberangkatan sdr Hasril ke Korea dan sdr Haris ke Jepun. Jamuan serba sederhana ini memberikan seribu satu kenangan manis khsusnya buat yang diraikan. Jangan lupa kami apabila di perantauan ya!
Memetik kata sdr Hasril dalam ucapan ringkasnya, “… jamuan ini bukannya untuk meraikan pemergian saya atau Haris, mahupun kemenangan kalian, tetapi ia adalah untuk meraikan keakraban…”





Difailkan dalam: Debat | 5 Komen »
Posted on Februari 16, 2008 by Ali Asyraf
Setelah menjalani persediaan selama dua di Ambang Asuhan Jepun, sdr. Haris Mohd Ghazali akhirnya berjaya melayakkan diri untuk melanjutkan pelajarannya ke Jepun, sekaligus membuktikan bahawa penglibatan dalam arena perdebatan intervarsiti bukanlah penghalang untuk memperoleh kejayaan. Beliau akan melanjutkan pelajaran selama 4 tahun dalam kursus Mechanical System Engineering di Yamanashi University.
Sdr. Haris Mohd Ghazali telah menyertai Pertandingan Debat Diraja Antara Universiti Awam Malaysia 2007 (Kategori Utama) yang telah menyaksikan beliau layak ke pusingan akhir dan menggondol gelaran naib johan. Beliau juga pernah menjuarai Pertandingan Debat Piala Jemputan UIAM semasa bergelar pelajar Sek Alam Shah Putrajaya.
Tahniah Haris! Seluruh ahli keluarga Orator UM mendoakan kejayaan anda di perantauan.
Pihak Orator UM juga ingin mengucapkan tahniah dan selamat kepada Sdr. Hasril yang juga akan ke luar negara (Korea) pada penghujung bulan ini.
Difailkan dalam: Makluman | Leave a Comment »
Posted on Februari 7, 2008 by Ali Asyraf

Debat Perdana Integriti 2008 yang telah berlangsung di Universiti Sains Malaysia pada 1-5 Februari 2008 menyaksikan kecemerlangan kontinjen Universiti Malaya. Pasukan UM dibarisi oleh Azri Zahier Azmi, Ali Asyraf Mohamed dan Shen Yee Aun untuk team UM1 manakala UM2 diwakili oleh Mohd Shahir Ahmad Nizar, Luqman Hakim Roslam dan Mohd Hidayat Hambali.
Pasukan UM2 yang merupakan pasukan junior Universiti Malaya mencatatkan keputusan memberansangkan. Dengan Shahid menduduki ranking pendebat ke-58, Luqman (ke-67) dan Hidayat (ke-61), pasukan UM2 menamatkan pusingan liga dengan menduduki ranking ke-20.
Berbeza pula dengan pencapaian pasukan UM1. Dibarisi oleh Azri dengan ranking ke-21, Ali Asyraf (ranking no 1) dan Shen (ke-28), pasukan ini berjaya mengungguli kedudukan liga dengan mencatatkan lima kali kemenangan.
Pusingan suku akhir menyaksikan pertemuan dengan pasukan handalan, UiTM1 yang dibarisi Nizamudin, Nur Farhana dan Khairul Nizam. Untuk rekod, empat daripada enam pendebat yang bertanding pada perlawanan suku akhir ini merupakan finalis Debat Perdana Integriti 2007. Perlawanan tersebut telah dimenangi oleh UM1 dengan kiraan juri 3-2.
Melangkah ke separuh akhir, menyaksikan UM1 akan bertemu dengan tuan rumah, pasukan USM1 yang telah menewaskan UPM2 di pusingan suku akhir. Dengan juri 5-0, UM1 berjaya menewaskan USM1 yang dibarisi Azmil Sharifuddin, Ahmad Safiudin dan Ismail Hakimi.
Perlawanan pusingan akhir berlangsung di Dewan Budaya USM pada 5 Februari 2008 menentang pasukan Universiti Tenaga Nasional (UNITEN). UNITEN yang dibarisi Salina Yusuff, Khaidzir Farhan dan Muhammad Nazmie memberikan saingan sengit pada perlawanan akhir tersebut yang akhirnya menyaksikan pasukan UM1 muncul Johan Debat Perdana Integriti 2008. Untuk rekod, UM telah melakar hatrik layak ke pusingan akhir Debat Perdana Integriti sejak 2006.
Sekalung penghargaan khusus untuk En Azizul Hakim Abd Aziz dan sd. Mohamed Zul Fadhli Khairuddin atas sokongan moral dan tenaga. Juga kepada pihak yang terlibat baik secara langsung mahupun tidak langsung.
Difailkan dalam: Debat, Makluman | 4 Komen »
Posted on Februari 7, 2008 by penamaya
5 Februari 2008 bertempat di Dewan Budaya, Universiti Sains Malaysia (USM) bakal menyaksikan pertemuan antara dua varsiti mempertaruhkan kehebatan merebut kejuaraan Integriti 2008.
Universiti Malaya (hatriks melangkah ke Final Integriti sejak 2006) bakal bertemu UNITEN dengan usul “Tekad 2008:Kita Telah Mencapai Matlamat”.
Semoga UM dapat mempersembahkan YANG TERBAIK !
Doa dari seluruh warga Orator untuk Delegasi Integriti UM.
Difailkan dalam: Debat | Leave a Comment »